Tuesday, 21 January 2014

Ceserean Section

Assalamualaikum,

Hye semua,
Harap2 korg semua okey dan sihat hendaknya.
Sebenarnya hari ni
I tergerak nk cerita pengalaman i
Masa kena cser dulu.
Now,baby pun da besar nk msuk setahun dah pun.
Baru harini nak cerita.

*perhatian : entry ni sgt pjg
Harap korg tak boring nak baca.
Kalau boring,tak yah baca k!

Tak pela kan,at least,bila baby da besar nanti,
Boleh dia tau sikit2 mcm mana pengalaman mommy dia
Masa dalam OT room.

Let start cerita.
Ok i sebenarnya mmg dah ada 2 pengalaman cserean
Yg berbeza.
First dulu masa kena cser dekat RSA.
I kena bius pengsan semua.
And tak sedar langsung apa yg jadi.
Tau2 je dah siap semuanya and sattle.
Yg frst cser ni pun mmg husband ada kt sisi.
Dia mmg tak kan tinggalkan i walau apa pun jadi.
Banyak nak cita pasal yg frst csearean ni.
Tp i rasa is too personal and
cerita yg frst ni hanya kami husband n wife je 
Yg akan simpan and not to share with you guys.
Sorry :(

Tp untuk yg second ni i nak share.
Second time cser.mmg dah tau sakit dia mcm mana
cuma kali ni benda yg sama berlaku tp kat Malaysia.
I kena cser time 38weeks.
Mmg dah plan awal2 dengan personal doct kami.
Plan kena cser hari isnin and pgi adalah pilihan kami.
Tp utk mengelakkan sebarang kemungkinan,
I request dekat husband and doct utk admit awal.
Because of senang nanti pagi2 isnin tu x payah nk kelam kabut
Dr rumah g hospital.
Tak nak rushing and i nak semunya under control
And smooth je.tak yah pening2 kang ada je benda yg tak bawa.

So,malam ahad tu kami husband and wife dah siap2
Utk ke hospital.tido hospital la kita malam tu.
Malam sebelum tu teringin nak makan apa tah.
Sempat la juga g cari.
Malam ahad lepas pukul 12 malam i da kena puasa.
Mmg tak boleh makan apa2.
Lepas da call ayah ibu,adik beradik,
Salam mama papa dah kemas bag masuk dlm keta semua,
Maka bergerak la kami menuju ke hospital.

Teringat lagi smpai2 je hospital malam tu.
Rasa sunyi.mmg dah tak ramai org.
kebetulan ada satu kes family india baru lepas excident kot.
Tgu diorng sattle bayar bil apa semua,
Maka sampai la turn ktorng.
Kos csearean kali ni adalah bayar sendiri ok.
So,sebelum masuk tu,ktorng mmg da siap2 kena bayar deposit dulu
Bru lah dpt masuk bilik.
Thanks husband sebab amik frst class utk i.
Mmg i yg suruh sebab tak nk ada gangguan.

Lepas da sattle bayar deposit semua,
Ktorng pun dpt bilik.
Smpai2 terus baring atas katil sambil tgk tv.
Nurse pun dtg cucuk tgn i untk pasang drip.
Lepas da pasang drip,dia pasang tiub utk urine plak.
Masukkan and cucuk kt bawah tu.
Husband pun relax je lepak kat sofa tepi tu layan ipad dia.
Mmg tak tau nak gmbarkan perasaan mcm mana.
Takut,happy,seram semuanya ada.
sambil2 tgk tv tu mulut2 tak habis2 terkumat kamit baca doa.
Doa nabi yunus,segala yg terlintas kt fikiran la.

Pastu dlm pkul 2 lebih ada sorngn nurse ni dtg masuk kt bilik.
Dia tanya dah start puasa ke.
Pastu dia suruh isi form and sign ntah apa bagai
Senang utk urusan esokkan.
Pastu dia tanya benda yg buat i malu..
Hahahaha "dah shave kejadah apa tah???"
Nak saya tlg shavekan tak?
Tp i ckp tak pe.pastu husband kat tepi ckp suh je dia buat,
Nanti esok tak yah buat lagi.
So,i pun merelakan dlm keterpaksaan.hahahah
Pastu banyak benda yg i tanya nurse tu.
Sebab kita takut la kan.so mmg la kena banyak benda nak tanya
And nak tau.
Husband kat sblah dah bising ckp knp tanya mcm2...
Biorrr la..i nak tau..yg kena potong esok bukan you!
 menyirap okey masa tu,sibuk je nak marah2 org byk tanya.
Org tanya sebab nak tau keadaan dlm OT tu nanti mcm mana.
Pastu i terus nangis ok.
Tetiba rasa mcm husband menyibuk ada kt situ.
Nak suh dia balik dan tak nak tgk muka dia.

Pas nurse tu keluar,i pun ingat nak sambung tido.
Sekali selang bape minit asik tak boleh lelap.
Kt kepala asik pikir,
Macam mana la keadaan hari esok.
Fuhhh dipendekkan cerita,mmg tak boleh tido.
Husband pun ntah pkul berapa baru dpt lelap.
Sekejap2 terjaga,tengok jam.
Sekejap2 nurse dtg tgk drip air.
Smpai la jam menunjukkan pukul 6 pagi......

Sempat lagi pagi tu sembahyang subuh.
Lepas je sembhyg,nurse mmg dah bg uniform OT siap,
Terus salin baju and duk sambung relax atas katil.
Husband kt sebelah da bangun.
Lepas smbhyg cuci muka,
Dia turun bawah beli surat khabar.
I duk lepak setiap saat pandang jam.
Masa tu jantung mmg dah berdegup laju.
Lambatnya pukul 8.
Sebab procudeer start pkul 8.
Pastu setiap kali nurse masuk bilik,mesti i tanya,
Lambat lagi ke?doct da sampai?
Hahahaha,dah mcm tak sabo plak gayanya....

Lebih kurang pkul 9 kot,
Waktu yg ditunggu telah tiba.
Owh sebelum tu,masa pkul 7 tadi
Dah siap2 call iby ayah,call mama bgtau ckp apa2 yg patut.
Minta maaf apa semua.
Pkul 9 lebih kurang,baru diorg tolak i ke OT.
Masa ni husband opcoz sentiasa ada.
Hahaha semalam tu drama je lebih.
I mmg tak boleh kalau husband tak de.
Kalau boleh mmg nak 24jam melekat je dgn dia.
Maka,sampailah i ke OT room same floor dengan bilik i
Tp wing sebelah sana.maknanya sebelah kanan kalau keluar dr lift.

Maka,mereka telah membawa i ke kawasan OT room.
Yg penuh dgn nurse and staff yg bertugas dlm OT tu nanti.
Keadaan agak bz and nampak masing2 kehulu kehilir and ada kerja masing2.
Diorg yg tolak i tadi bawa i kat satu tempat,
Yg betul2 dekat depan pintu masuk kawasan OT.
Diorg pisahkan i dgn husband.
Masa tu muka mmg dah pucat lesi.
Takut diorg tipu.
Diorg tak bagi husband ikut sama.

Rupa2nya itu mmg prosuder,
Diorg nak explain evrything dekat i,
And sorg2 staff dlm tu kenalkan diri masing3.
Dia ni pegawai apa.dia ni pegawai apa.
Diorg bacakan nama i.diorg tanya macam3.
Diorg tanya background.
Fuuhhhh,penat jugak la nak menjawab.
Aku tak habis2 tanya nurse tu,
"Mana husband i?"mana husband saya?"
Nurse tu ckp sekejap lagi dia akan masuk.
Tp masa tu dlm kepala i,diorg ni nak tipu aku ke.
Doct kata husband boleh masuk.
Tp kenapa dia pisahkan aku dgn husband.
Masa tu i dah nangis2.i fikir diorg and doct tipu i sebab
Saje sedapkan hati i bgtau husband boleh ikut sama.
Rupanya tak.diorg tipu i pisahkan i dgn husband.
Uwaaaa!!!!lagi meleleh air mata keluar.


Lepas dah explain evrything and sign macam2,
Maka masuklah sorg doct beruniform hijau,
Kalau tak silap nama doct tu adalah doct wan ape tah.
Dia adalah seorg doctor pakar bius!
Dia explain segala bius yg perlu diambil,
And tanya background n macam2 ntah hape2.
Pastu dia kata dia nak cucuk.
I kena spinal okey!
Doct suh duduk and nak cucuk kt tulang belakang.
Sakit okey....tuhan saje yg tau sakit nya mcm mana.
Tp i kuat.sebab i kena kuat.
Kalau i tak kuat,macam mana i nak tgk baby ni nanti.
Time ni i dah nangis lagi.
Rasa mcm betul2 kena tipu sebab husband i tak de.
Doct tipu!
Tak bagi husband i masuk ikut sama
Sebelum doct tu bagi bius,
I tanya doct tu pulak..
"Mana husband saya??"
Hahahaah,alasan yg sama doct bgtau,
"Sekejap lagi dia akan masuk."

Okey...lepas da kena bius tu,
Doct bg i relax sekejap atas katil tu.
Tiba2 semua mcm dah kelam kabut,
Diorg tolak i masuk dlm OT room!
Masa ni husband tak de jugak!
I dah nangis lagi!
Rasa mcm nak menjerit "mana husband saya?"!!!!!
Haahahah,diorg tipu i ke apa ni??
Nak dijadikan cerita,
Bila dlm OT room tu,i dah nmpak personal doct ktorng.
Doct gyne Dr Ivan dgn uniform biru dia dah masuk.
Sambil tgh sibuk pakai glove and musk.
Uwaaaaaa....apa telah berlaku?

I pandang atas,penuh dgn lampu2 dah siap terpasang.
Pandang kiri kanan,ramai gila doct and nurse.
Doctor yg ada dlm tu adalah doct baby,doct pakar bius
And doct gyne i Dr Ivan.
Bila semua doct dah ada,Doct pakar bius tanya i,dah rasa kebas tak kaki?
Dia usik2 kaki i,
Algamdulillah dah kebas.bius tu sekejap je dah bagi kesan.

I mmg dah terbaring kat atas katil.
Tiba2 diorg pasang palang besi dekat 
Bahagian atas dada i,
And diorg tutup dengan kain.
So,i boleh tgk atas syiling je..
Nampak lampu2 bulat2 tu.
Kalau perhati betul2,mmg boleh nmpak imbasan apa
Yg jadi kt bawah.maksud i nampak pantulan kt lampu tu,

Sekeliling i adalah nurse2 yg tlg doct utk bg peralatan
And nurse2 yg tgu bila baby dah kluar tugas diorg adaah utk bersihkan 
Baby and all.
Pastu tgk semuanya mcm dah kelam kabut semuanya mcm nak cepat.
I masih tak puas hati lagi.
I tanya Dr Ivan,"doct,mana husband i???"
Pastu dcot ivan dah senyum2.mungkin dia tau aku da byk kali tanya benda yg sama.
Tiba2 aku nampak ada sorg lelaki pakai uniform warna hijau
Siap pakai musk masuk ikut pintu kecik kat hujung bilik.
Aku tgk betul2 laki tu,
Alhamdulillah lega rasanya...itu husband aku!

Rupanya,diorg nak siapkan aku sepenuhnya,
Bila semua dah ready,doct dah ready,
Baru husband dibenarnkan masuk.
Tadi masa husband kt luar tu,
Diorg suruh husband siap2,
Pakai baju n musk apa semua.
Bila husband dah masuk,
Diorg letak kerusi kat sebelah kanan i,
Kat situlah tempat husband i duduk.
Masa tu i terus genggam tangan husband tak bagi lepas.
Takut dia g mana2...
And doct Gyne pun dlm position kt sebelah kanan i.
Doct bius kat sebelah kiri i.
And doct baby dekat sebelah atas kt kepala i.
Fuhhhhh tempat doct pun punya la detail i bgtau.

Owh,masa sebelum masuk dlm OT,
I mmg dah siap2 tanya doct bius,
Boleh tak kalau i nak bawa hp?
Sebab i nak dgr ayat al-quran.
Alhamdulillah doct kata sure no problem.
Boleh bawa.
I mula2 takut nak bawa masuk kot mana tau
Mengganggu system2 yg ada kat dlm tu.
Tp bila doct ckp tak de apa2 masalah,
Rasa lega and tenang je hati ni bila dgr ayat suci al-quran.
Tp i pakai earphone la.
Sambil2 tu husband kt sebelah tak henti2 baca doa macam2.
Bisikkan dekat telinga.

And i masih ingat lagi,
Sepanjang procuder,husband tak bagi i terlelap langsung.
Walaupun ada rasa mcm ngantuk2 sikit sebab bius tu,
Setiap kali nak terlelap je,
Husband akan kejut and suh i bukak mata tak bagi i terlelap.
Tak tau apa yg dia fikir time tu.
dan tiba2,
Bermulalah episod ngeri pd hari tersebut.

Bersambung..............:-)


Tunggu tau....!

No comments: