Monday 6 July 2015

Berubah kearah yang lebih baik

Assalamualaikum,

Kembali bersiaran setelah sekian lama menghilang.
Lately ni sgt bz dengan kerja,
Dgn keadaan diri sendiri and condition papa yg sedikit merisaukan kami sekeluarga.

malam ke-19 ramadhan
Tiba2 rasa nak update entry ni dlm blog.
Untuk kenangan dihari tua.

Istiqamah.
Mmg dah lama ada niat ini.
Dan mmg sgt2 dah lama dapat hint drpda husband.
Ins sha allah doakan suatu hari nanti.
Diri ini kuat untuk berubah kearah 
Kebaikan.

mmg dah lama juga buat collection.
Tapi tak kuat utk berubah.
ins sha allah doakan suatu hari nanti.
Dah dapat sokongan yg kuat drpda husband.

Doakan sy berjaya dan terus istiqamah dengan niat yg suci murni ini.

Thanks to my husband because of u i jadi kuat i berubah kearah kebaikan.

Ins sha allah.

I love u husband!





Monday 27 April 2015

miss daddy

Assalamialaikum,

Bersiaran kembali setelah sekian lama tak bersiaran.
Entry pergi melbourne haritu pun tak terupdate lagi.
Hahaha,smpai dah lupa dah apa yg i buat 10 hari kat sana..

Tetiba teringin nak update entry harini sebab rindu kat my handsome husband.
😭😭😭😭

Alhamdulillah,
My handsome husband telah selamat sampai di bumi Friedrichshafern,Germany.

Sangat rasa tak best bila suami tiada disisi.
Mmg tak suka kena tinggal2 mcmni.
Okeh kerana skrng dah terikat dengan kerja, terpaksa lupakan hasrat untuk ikut husband g sana.

Mmg betul org tua2 cakap,
Kalau dekat asik nak bergaduh je.
Tapi bila dah jauh cmmni,beribu2 batu,
Rasa sangat2 rindu.

Okeyla.
Tak tau nak membebel apa lagi dalam ni.
Saja bersiaran sekejap untk luahkan rasa sedih harini.
 
tak lama pun husband i pergi.
ins sha allah lagi 2 3 hari pulanglah dia ke malaysia tanah air tercinta.

owh perbezaan waktu germany and malaysia sama mcm malaysia dengan south africa dulu.
6 jam lebih lambat drpda waktu kita.

Mummy and arryan dah dinner,
Daddy baru nak lunch....!! 

Okey daddy,
I and arryan doakan daddy selamat and happy je kat sana.
And semoga daddy selamat pulang ke tanah air dengan selamat.

We miss you daddy...😘

Friday 7 November 2014

Terima kasih sayang


Assalamualaikum

Semalam hari yg ditunggu2.
Ktorng laki bini mmg penggila barang apple.
Awal2 lagi dah buat preorder.
Dan semalam 6 Nov 2014.
Dapatlah melepaskan hajat,
Setelah sekian lama tunggu benda alah ni sampai Malaysia.

So,
Selamat tinggal Iphone 5,
Welcome Iphone 6 Plus.
Me and husband pilih 6 Plus
Sebab besar,puas hati tengok video kt phone.

Mybe lepasni dah tak perlu bawa ipad mini and ipad 2 kemana2.
Iphone 6 plus sangat3 dah puas hati.

Thank you sayang sebab belanja i
Hp baru..
Love you more...<3




Sunday 28 September 2014

Lesu

Assalamualaikum,

Kembali bersiaran setelah sekian lama menyepi.
Sepatutnya minggu ni i kena pergi kursus
Seminggu di Port Dickson.
Hari jumaat haritu dah pergi,
Boleh plak demam yg teramat panas
Campur sekali cirit birit and muntah2
Tak memasal nama dah ada dalam rekod
Kat Hospital Port Dickson.

Dan doctor sahkan kena food poisioning.
Tak memasal dapat mc 2 hari.
And tak memasal tak dpt teruskan kursus
Selama seminggu sebab urusetia
Suh balik rehat kat rumah.

Hurmmmm,
Sebenarnya salah satu sebab i mcm tak redha nak g kursus ni salah satu sebab nya adalah ANAK.
Gila ko nak tinggal anak my handsome penguin tu selama seminggu???
Tak jumpa sehari pun dah tak tentu arah hidup.inikan lagi seminggu....

Dan sebab keduanya yg buat i berat hati nak g kursus ni,adalah kerana tempat kursus tu sendiri.
Pleaselah.kursus ni adalah anjuran dr K*M....
Sepatutnya tempat kursus mesti la bersih.
Tak de la nak tempat yg grand hyaat sgt.
Tp at least kalau bersih dan kemas pun dah sedap mata memandang selesa skit nak duduk selama seminggu.

Ini tidak!
Dengan bilik penuh dengan rambot.
Yg ntah dr mana dia datang.
Dengan tingkap berdaki.
Dengan lift berbunyi2 mcm dah bertahun tak service.
Dengan kettle air berkeladak mcm kan hape.
Serius nak masak air dan minum pun rasa geli.
Dengan bilik air ada jejentik..
What theeee sgt!
Kot ya pon kerajaan nak save budget.
Tak kan smpai mcm ni sekali tempat yg diorng nak buat kursus.

Memang tak la i nak duduk situ smnggu.
Sanggup ok berulang hari2.
Nasib baiklah allah takdirkan demam.
Kalau la betul2 kena duk situ seminggu,
Tak tau nak ckp camne.
Ada aku tak mandi selama seminggu.

Tapi bila teringat kat kengkawan sebilik
Yg baik3,
Rasa mcm rindu plak kt diorng.
Tp takpela.
Da xda rezeki nak buat mcm manakan...
Ins sha allah kalau tak de halangan,
Bulan depan ke, 
Tahun depan ke,
Harap2 nama naik la lagi utk pergi kursus.

Okeyla..
Harini mmg hari yg sgt lesu.
Lemau.
Monday blues.
Nak g keje pagi tadi rasa boring je.
Bestnya teringat zaman lepak2 kt rumah.
Tak kerja.
Jaga anak.
Memasak tunggu husband balik kerja.
Hihihihihi

Takpela.
Ins sha allah ada rezeki tu nanti.
Mana tau lepasni husband dpt duit jatuh dr langit.
Boleh i duk rumah silang kaki
Sambil layan ps4 just dance..
Kihkihkihkih...

Citer pasal ps4,
Teringat mcm nak abadikan kenangan
Celebrate birthday husband dlm ni.
Tp nanti la i cerita kat lain entry...
Layan satu gmbar ni jela dlu..
At least kalau tak terupdate citer tu,
Ada jugak la sekeping gambar i abadikan dlm entry ni....

Betul tak?
Betul tak?
Betul tak?


 Happy birthday sayang....
I doakan u sentiasa dimurahkan rezeki da n dipanjangkan usia selalu oleh allah s.w.t. Aminnnn 3x.

Tuesday 5 August 2014

Holiday Mood

Assalamualaikum,

Bersiaran langsung dr Melbourne.
Holiday trip yg best.
Melawat tempat yg husband pernah tinggal for 7 years back.

Nice place.
Nice view.
Nice weather.
And nice country.
I like it.

Hopefully one day,
Ktorng akan migrate sni
Sebab mcm ada plan nak suh husband
Cr keje kat sni.
I love melbourne so much!

And i love winter time!!!!

Tak boleh nak bebel banyak2 sgt.
So,layan gmbar2 ktorng kt sni k.
Today baru 4days kat sni.
Tp camera phone dah full of memory...
So cane tu?
Ada 5 days to go.

Me and my handsome husband

At Mount Buller
My little mushroom

At Yarra River
And this is my family member's.

Tuesday 29 July 2014

Syawal 2014

Assalamualaikum,

Syawal kali ini
Agak hectic sebab superboy ni
Dah menjadi semakin super.
Superhero,superboy,superman!!!

Just nak dijadikan kenangan dlm blog
So,i update gambar2 di pagi syawal
Utk diabadikan dlm blog usang ni.

Jom layan gmbar2 family i di pagi syawal.


Sgt susah nak ambil gmbar dia skrng.
Sebab sgt tak reti duk diam.


Gmbar wajib setiap kali hari raya.
gmbar family bertiga.


Selamat hari raya!!!!!


Seatbelt selfie dlm kereta azab menunggu jem tak masuk dek akal.


Myfamily at kampung atok rembau most wanted yo.


Arryan with mama sha...punya la susah nak ambil gmbar dengan budak bam bam ni.


My siblings.

And this second day raya otw back to Kola Pilah.



Friday 18 July 2014

Ramadhan kali ini 2014.

Assalamualaikum,

Kembali bersiaran setelah berapa lama tak update blog.
Hari ni adalah Ramadhan yg ke-20,
Sekaligus Ramadhan yg membawa
seribu satu rasa dlm diri aku.

Tak pandai nak ungkapakn apa yg aku rasa.
Malam tadi masa tgh tido,
My husband kejut semata2 nak bgtau
Kisah #mh17.
Dalam mamai1 tido,
Aku iyakan aja apa yg my husband ckp.

Bangun je sahur,bukak tv,
Rupanya mmg betul.
Dah heboh satu dunia pasal #mh17 ni.
Terus aku rasa mcm Why?Why?Why MAS????kenapa semuanya yg berlaku so sudden??dan Why MALAYSIA??? 
Lagi?dan lagi?
Lepas ni apa lagi???

Okey,lepas terpikir mcmtu,
Terus muhasabah diri sendiri.
Pagi bangun g kerja,walaupun harini hari Jumaat,
Seperti biasa time hari Jumaat aku akan happy sepanjang hari.
Tapi tidak untuk jumaat ini.
Pagi tadi rasa suram,rasa sedih,
Rasa takut,rasa mcm2 rasa yg aku sendiri tak pasti.

Nak buat kerja pun tak de mood.
Kt tv mmg tak pernah lekang cita pasal #mh17.
Radio pun sama.
Semua station radio pasangkan 
Lagu2 yg sayu je..sayup2 je aku nak dgr radio.

Aku berharap,
Ada pencerahan untuk semuanya ini.
Aku berharap,
Segala spekulasi2 aku adalah salah.
Aku tak nak tuding jari dan salahkan
Mana2 pihak.
Sebab......


.



.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


Allah Know's Everything.

Al-fatihah utk #mh17 dan #mh370.