Tuesday, 31 July 2012

Tuhan itu adil

Assalamualaikum,

Tuhan maha adil
Tuhan maha berkuasa
Tuhan maha segalanya

Tapi yang menjadikan hidup manusia
Ini porak peranda,
Adalah disebabkan sikap sesetengah
Manusia itu sendiri yang tidak
Adil dan saksama...

Jawablah nanti dipadang mahsyar
Selagi mampu untuk bersabar
dan bertahan,bertabahlah.
Selagi itu allah ada dengan
setiap hambanya yang sabar.

Allah sentiasa ada dengan kita,
Jangan mudah putus asa,
Mereka akan dapat balasan
atas setiap apa yang mereka
lakukan.

Hidup tak sentiasa indah
Tanpa izin allah.
Walaupun ada pangkat dan darjat sekalipun,
Tetapi jika ianya datang
dari rezeki yang tak berkat,
Tak kan kemana jua hidup ini.

Hidup senang atas kesusahan
dan ketidakbahagiaan
orang lain,tidak akan pergi ke mana
hidup itu.

Kita memang boleh bercakap
Rezeki itu rezeki masing2,
Tetapi tidak semua orang
dapat rezeki dgn cara yang halal
dan betul2 ikhlas dalam melakukan sesuatu.

Allah hanya menguji hambanya
Yang dia rasa betul2 layak untuk diuji.
Hidup berjaya,senang lenang
atas kesusahan,kesakitan
dan kesempitan org lain
Ibarat hidup hanya mengejar
duniawi,kerana tanpa sedar
mereka telah menyakiti
Hati orang lain.

Hanya allah tahu
kenapa dan mengapa.





No comments: