Tuesday, 3 July 2012

Syukur

Assalamualaikum,

Aku
Tidak pernah sangka akan hidup diperantauan
Saat berada disini,akan menjadi kenangan yang kekal abadi dalam ingatan
Hidup sebagai anak rantau banyak mengajar aku erti kehidupan,erti kerinduan dan erti kekeluargaan
Pengalaman yg banyak mendewasakan
Macam2 karenah manusia dpt dilihat
Bersyukur dengan apa yang allah telah tentukan
Kerana tak semua orang dapat rasa seperti mana yang aku rasa
Segala ketentuan dari allah ada hikmahnya

Aku
Hidup dalam kesederhanaan
Tak perlu menunjuk dengan apa yang kita ada
Rezeki setiap insan allah yang beri
Mungkin hari ni kita hidup senang
Esok lusa kita tak taw mcm mana jalan dan langkah hidup kita
Sama ada lurus ataupun bengkok
Semua itu ketentuan dari yang maha esa
Duit walaupun pun berkepok allah boleh tarik semua nikmat itu
Dalam sekelip mata
Semuanya kuasa ditangan Allah

Aku
Bukanlah sehebat mana
Tapi aku bahagia dengan kehidupan aku sekarang
Hidup bersama orang tersayang
Mencari kehidupan kearah yang lebih baik dan sempurna
Berusaha Mencari kehidupan yang mendapat keredhaan allah

Aku
Hidup disini
Berkorban segalanya
Untuk teruskan matlamat dan cita2
Teruskan matlamat dan tujuan asal
Mencari ilmu seberapa yang boleh
Pengalaman yang berharga untuk dibawa pulang
Semoga allah memberkatinya
Bersyukurlah dengan apa yg aku ada

Aku
Bersyukur.